/*banner of the blog inserted here*/
Sorrento

Thursday, September 14, 2006

Tidur

Aku memandang jam di dinding; pukul tiga. Kenapa aku tidak mampu menidurkan diri? Kenapa aku terasa sedikit letih namun tidak mahu menutupkan mata?

Sejak kita bertemu, malam tanpa kau bagaikan kemarau yang berpanjangan. Kaulah "air" yang memberi kehidupan kepada hatiku yang kering.

Aku tidak yakin pada diriku kerana aku sudah lama tidak merasai cinta sebegini. Sejak berpisah dengan temanku, aku hanya tahu melayan nafsuku yang buas. Sejak hatiku diracau olehnya, aku tidak pernah mampu mencintai seseorang selain diriku sendiri.

Seringkali aku menggunakan matawang untuk mendapatkan kegembiraan daripada orang lain. Namun kini aku mendapati aku tidak perlu membeli cinta daripadamu. Aku terasa selamat dalam pegangan kau. Aku terasa kenyang menerima ciuman kau yang bertalu-talu walaupun ciuman bukannya sesuatu yang aku sering menghendaki. Apakah perasaan itu? Adakah itu cinta?

Apakah cinta?

Di luar, hujan turun renyai-renyai, bagaikan melambangkan air mataku yang jatuh ke bumi kerana kau tiada di sisiku. Sejuk. Keseorangan.

Mungkin pada malam ini, aku tiada tidur lena.

4 Comments:

Blogger ikanbilis said...

that is just beautiful. really.

pengunaan gaya bahasa yang sangat dramatis dan retorik. sangat indah! you have really amazing talent in malay literature, eventhough its just pieces of your mind.

4:08 AM  
Anonymous Anonymous said...

My first dose of Sastera-like Malay in 8 yrs. Something has really bitten you hard huh =)

C.Sow

7:29 AM  
Blogger pakcik said...

its good to know that you no longer then same guy that you used to be since you met him. i guess that show how much n deeply u fall for him.

money indeed cannot buy you the happiness, but if this happiness that you having at the moment worth more than all the money that you have now, do tell him how u feel.

9:35 AM  
Blogger Jushie said...

OMG..in Malay. But its really nice. Honestly, you should aspire to be a writer...both English and Malay.

2:10 PM  

Post a Comment

<< Home