Kehendakmu
Aku kurang mengerti, sebab-sebab kau tidak memahamiku walaupun sudah lama kita bertemu. Bukannya ku mahu segunung emas mahupun segengam air mata; ku hanya mengharapkan kau memberiku peluang menjelaskan pemikiranku yang berserabut di minda, yang mencucuk di dada, yang membuatkan ku pilu di subuh dan loya di senja.
Sejak kita bertemu, hatiku sakit memikirkan situasi sulit yang kita hadapi. Sejak bila kau diberi kuasa memijak perasaanku, sejak bila kau diberi nikmat menentukan perasaanku? Aku bukannya binatang di padang, aku bukan pokok di lumpur. Akulah manusia seperti mu, akulah insan yang mampu merasa sakit.
Adakah kau faham, hatiku tiada sebarang benci terhadapmu?
Ku hanya mampu berdiri di sini memandang mu dengan mata kecewa. Ku tiada mampu selalu melawan kata-kata kau yang menyakiti telinga. Adalah pendirianku memberi kau peluang untuk menuturkan kata-kata yang kau simpan di hati, adalah pendirianku memberi kau kepercayaan tanpa soal.
Ku hanya mampu senantiasa memberi mu kehendakmu. Ku tiada berdaya mempelopori usaha menjelaskan pendirianku walaupun itulah yang ku kehendaki
Kau hanya berdiri di situ, memandangku dengan mata angkuh. Benar, ku faham kepincangan ku, tetapi kau juga perlu tahu yang ku benar benar tiada ruang mengundur diri, kerana ku kini dibekukan dalam pegangan mu.
Berilah ku peluang mencintai mu
Berilah ku peluang memahami mu
Berilah ku peluang memegang mu dalam tanganku yang tiada lagi segan

2 Comments:
adakalanya kita merasakan diri seperti tidak dihargai. apatah lagi jika tanggapan itu datang dari orang yang dikasihi.
peluang datang, peluang pergi, seandainya cinta yang dimiliki ada kebenarannya, kelak seseorang itu akan memahami pendirian dan kedudukan dirinya dalam hati yang tersayang.
amboi ada juga ye pakcik comment..
Post a Comment
<< Home